17 tahun sifar LTI

17 tahun sifar LTI

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Sebuah firma tenaga Perancis, TOTAL E&P Borneo B.V. (TEPB), telah menyambut Hari Keselamatan Sedunia hari ini yang juga menandakan pencapaiannya selama 17 tahun tanpa kehilangan masa kecederaan (LTI), yang berlangsung di Hotel Radisson.

Sambutan yang membawa tema ‘Total and Contractors Safety: Sharing Our Core Value’ itu telah dimulakan dengan taklimat kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) dan tiga pembentangan kertas kerja daripada rakan kongsi dan kontraktor TOTAL di Negara Brunei Darussalam iaitu ISS, Shell Deepwater Borneo Ltd (SDBL) dan Petroleum Brunei.

Menerusi pembentangan ini, ia adalah satu peluang bagi rakan kongsi dan para kontraktor TEPB untuk berkongsi apa-apa pengalaman dan amalan terbaik dalam meningkatkan persefahaman antara rakan sekerja dan mendorong komitmen keselamatan bersama dengan lebih berkesan.

Sambutan itu turut diselitkan Peraduan Video Hari Keselamatan Sedunia yang disertai oleh kakitangan Total yang bertujuan bagi menjana kesedaran mengenai keselamatan, berkongsi amalan terbaik dan juga untuk memastikan apa-apa kejadian yang tidak diingini yang mungkin berlaku boleh dicegah atau dielakkan oleh orang lain.

Pengurus HSE, Michael Dale ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis berkenaan.
Pengurus HSE, Michael Dale ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis berkenaan.
Para pemenang bagi Peraduan Video Hari Keselamatan Sedunia bergambar ramai.
Para pemenang bagi Peraduan Video Hari Keselamatan Sedunia bergambar ramai.
Wakil-wakil bagi rakan kongsi dan kontraktor TOTAL yang menerima plak pencapaian.
Wakil-wakil bagi rakan kongsi dan kontraktor TOTAL yang menerima plak pencapaian.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian Anugerah Tahunan HSE di mana pencalonan telah dibuat bagi setiap tiga tapak operasi iaitu Onshore Processing Plant (OPP) di Lumut, Pangkalan Muara dan Ibu Pejabat TEPB di ibu negara.

Sementara itu, bagi pencapaian 17 tahun tanpa LTI, penyampaian plak pencapaian telah disampaikan oleh Pemangku Pengurus Besar TEPB, Joaquin Io Cane kepada rakan kongsi dan kontraktor Total iaitu wakil Petroleum Brunei ExPro, Haji Asnan Othman; wakil Shell Deepwater Borneo Ltd, Henri Crouhad dan dari SDV, Jean Cassiot.

Acara tersebut juga diadakan secara serentak di tiga tempat operasi TOTAL, dengan plak yang sama disampaikan kepada pelbagai wakil kontraktor bagi mengiktiraf usaha dan sumbangan yang amat besar oleh semua pihak dalam mencapai 17 tahun sifar LTI.

ARTIKEL YANG SAMA