17 warga Brunei terima sijil kecekapan Bahasa Jepun

17 warga Brunei terima sijil kecekapan Bahasa Jepun

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam, di sini, hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Ujian Kecekapan Bahasa Jepun (JLPT) 2015 untuk 17 orang warga Brunei yang telah lulus ujian peringkat N2 hingga N5 selepas mereka menduduki ujian JLPT 2015 pada 6 Disember lalu.

Pada majlis itu, Dr. Toshio Kaneko menyampaikan sijil kepada semua calon peperiksaan yang telah lulus dan mengucapkan tahniah kepada mereka atas pencapaian itu dan menggalakkan mereka terus mempelajari Bahasa Jepun.

JLPT ditawarkan oleh Yayasan Jepun dan Perkhidmatan dan Pertukaran Pendidikan Jepun sejak 1984 sebagai kaedah yang boleh dipercayai untuk menilai dan mengesahkan kecekapan Bahasa Jepun bagi mereka yang bukan penutur asli.

Dr. Toshio Kaneko bergambar ramai bersama penerima sijil.
Dr. Toshio Kaneko bergambar ramai bersama penerima sijil.

Pada tahun 2014, lebih 680,000 calon peperiksaan di seluruh dunia, yang menjadikan JLPT ujian Bahasa Jepun terbesar di dunia.

JLPT 2016 akan diadakan pada 4 Disember 2016 dan proses permohonan akan berjalan dari Julai atau Ogos hingga September.

ARTIKEL YANG SAMA