17,000 sertai bantahan di Greece

17,000 sertai bantahan di Greece

ATHENS, 30 Jun (AFP) – Kira-kira 17,000 keluar ke jalan raya Athens dan Thessaloniki semalam untuk menyatakan ‘tidak’ dalam referendum akan datang berhubung cadangan jaminan terbaru, dengan menuduh pemiutang antarabangsa Greece memeras ugut.

“Kehidupan kami bukan milik pemiutang!” menurut perkataan pada sepanduk-sepanduk yang diangkat tinggi oleh para penunjuk perasaan, kebanyakan mereka yang menyokong Perdana Menteri Alexis Tsipras dan berkata mereka akan mengendahkan gesaan beliau untuk mengundi membantah perjanjian terbaru dalam referendum pada Ahad di sebalik risiko itu boleh mengakibatkan negara itu terkeluar dari eurozone.

“Rakyat Greece telah membuat banyak pengorbanan. Apa yang menarik tumpuan saya bukanlah euro, tetapi menjamin cara hidup yang penuh hormat untuk generasi akan datang,” Vanguelis Tseres, 50 tahun, yang tidak mempunyai pekerjaan sejak permulaan krisis hutang dalam tahun 2010, memberitahu AFP di dataran Syntagma di ibu negara.

Para pemimpin Eropah pada awal semalam merayu para pengundi Greece supaya menyokong cadangan jaminan yang hangat dipertikaikan atau berdepan meninggalkan euro.

Ketua Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker memberi amaran rakyat Greece mereka “seharusnya tidak memilih membunuh diri hanya kerana kamu takut mati,” dengan menggesa mereka mengundi “Ya”, kerana undi “Tidak” akan tidak kepada Eropah.

Seramai 17,000 warga Greece turun membantah cadangan jaminan baru. – AFP
Seramai 17,000 warga Greece turun membantah cadangan jaminan baru. – AFP

Tetapi Loula Bakrina, berkata dia “akan mengatakan tidak kerana saya mahu anak-anak saya bebas.”

Polis menganggarkan kira-kira 13,000 orang berhimpun di hadapan parlimen di Athens, dengan 4,000 lagi di Thessaloniki, bandar terbesar kedua di negara itu.

Demonstrasi balas dalam memihak perjanjian jaminan dijangka diadakan pada hari ini pada hari sama perjanjian jaminan pada masa ini bagi negara itu akan mansuh dan ia dijangka gagal membuat pembayaran hutang utama.

“Hari ini, mereka yang berani ada di sini. Esok akan ada mereka yang merangkak,” penunjuk perasaan, Trintafilos berkata, mengejek orang yang dijangka berhimpun di Syntagma dalam perhimpunan menentang cara kerajaan mengendali krisis.