1,750 karton rokok seludup dikesan dalam trak

1,750 karton rokok seludup dikesan dalam trak

SINGAPURA, 18 Ogos – Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjumpai 1,750 karton rokok seludup yang disembunyikan di celah-celah kotak pelbagai jenis sayur di dalam sebuah trak dengan nombor pendaftaran Malaysia di pusat pemeriksaan Woodlands pada Rabu.

Dalam kenyataan hari ini, ICA berkata trak itu membawa kontena 40 kaki, dimuatkan konsainmen yang diisytiharkan sebagai kira-kira 1,600 karton pelbagai jenis sayur.

Menurut ICA seorang lelaki berusia 42 tahun warga Malaysia yang merupakan pemandu, rokok seludup dan kenderaan itu diserahkan kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut.

Kenderaan yang digunakan dalam perlakuan kesalahan seperti itu boleh dirampas, kata agensi berkenaan.

ICA berkata jumlah duti dan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang boleh dikenakan masing-masing berjumlah kira-kira S$135,800 (S$1=RM2.99) dan S$13,670. – Bernama