176 hadiri sesi World Cafe

176 hadiri sesi World Cafe

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Seramai 176 penyelaras latihan terdiri daripada kakitangan dan pegawai jabatan-jabatan kerajaan serta sektor swasta telah menghadiri sesi World Cafe kendalian Institut Perkhidmatan Awam (IPA) yang diadakan di Orchid Garden Hotel, hari ini.

Sesi yang julung-julung kalinya dianjurkan itu, telah disampaikan oleh Pengarah IPA, Hajah Norezan binti Haji Hambali bersama para pegawai kanan IPA.

Antara tujuan sesi perbincangan secara santai itu adalah untuk memfokuskan mengenai kepentingan peranan pegawai penyelaras sebagai ‘Duta Sumber Manusia (HR)’ di dalam memperkenalkan dan menyelaras keperluan latihan untuk organisasi mereka.

Selain itu, ia juga menekankan mengenai kepentingan penglibatan penyelaras latihan dalam mendokong keperluan perkembangan latihan rakan sekerja mereka.

Antara peserta yang hadir semasa sesi World Cafe di Orchid Garden Hotel.
Antara peserta yang hadir semasa sesi World Cafe di Orchid Garden Hotel.

Semasa sesi dijalankan, para peserta turut terlibat dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dan sesi interaksi di antara para peserta dan pegawai-pegawai latihan IPA bagi mendapatkan maklum balas untuk tujuan memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan latihan IPA.

Seterusnya, sesi berkenaan diakhiri dengan penyerahan simbolik Direktori Latihan kepada penyelaras-penyelaras latihan.

ARTIKEL YANG SAMA