177 warga Indonesia bawa pasport Filipina

177 warga Indonesia bawa pasport Filipina

MANILA, Filipina, 19 Ogos – Pihak berkuasa Imigresen di lapangan terbang Manila telah memintas seramai 177 warga Indonesia yang menuju ke Arab Saudi dengan membawa pasport Filipina.

Pesuruhjaya Imigresen, Jaime Morente berkata lima warga Filipina mengiringi rakyat Indonesia itu dalam perjalanan untuk menunaikan haji juga ditahan ketika para penumpang hendak menaiki penerbangan ke Madinah.

Katanya lagi, warga Indonesia membawa pasport tulen Filipina, diperolehi secara haram oleh pengiring Filipina. Mereka dipercayai membayar AS$6,000-AS$10,000 setiap seorang bagi menyertai jemaah haji menggunakan kuota yang diberikan oleh kerajaan Saudi bagi jemaah Filipina.

Morente berkata identiti penumpang terdedah setelah mereka tidak dapat bercakap sebarang bahasa atau dialek Filipina dan hanya boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris. Mereka kemudian mengakui warga Indonesia dan mereka tiba ke negara itu secara berasingan sebagai pelancong. – AP

ARTIKEL YANG SAMA