179 profesor ‘jiplak’ kena dakwa

179 profesor ‘jiplak’ kena dakwa

SEOUL, Seoul, 15 Dis (dpa) – Korea Selatan mendakwa lebih 170 profesor universiti kerana memplagiat dan meletakkan nama mereka pada buku teks yang ditulis oleh pengarang lain, menurut laporan media.

Pejabat Pendakwa raya Daerah Uijeongbu berhampiran Seoul berkata 179 profesor dikenakan dakwaan kerana melanggar undang-undang hak cipta dan pevah amanah, lapor Agensi Berita Yonhap lewat semalam.

“Para profesor terbabit berdepan dakwaan kerana menulis nama mereka selepas menukar nama pengarang pada buku-buku dan menerbitkan buku-buku terbabit seolah-olah ia adalah hasil karangan mereka,” seorang pendakwa raya dipetik sebagai berkata.

Lima kakitangan daripada syarikat penerbitan buku-buku terbabit turut dikenakan dakwaan.

Pengarang-pengarang asal bertolak ansur dengan tindakan memplagiat itu demi mengekalkan hubungan baik dengan penerbit dan para penerbit pula membiarkan amalan itu demi membuat keuntungan daripada buku-buku teks yang tidak popular, kata laporan itu.

Para tertuduh pula dikatakan melakukan jenayah tersebut untuk menambahbaikkan lagi kedudukan akademik mereka.

Amalan memplagiat adalah perkara biasa dalam bidang akademik tempatan, lapor Yonhap.

ARTIKEL YANG SAMA