18 anak yatim terima sumbangan

18 anak yatim terima sumbangan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Seramai 18 orang anak yatim di kawasan Perpindahan Burong Pingai, Berakas, semalam menerima sumbangan derma daripada Masjid Sufri Bolkiah Berakas dan pihak perseorangan.

Majlis yang berlangsung di Masjid Sufri Bolkiah Berakas itu dihadiri oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Murni bin Nayan.

Majlis dimulakan dengan majlis khatam Al-Quran yang diketuai oleh Imam Masjid Sufri Bolkiah, Haji Mohd Zahid bin Haji Mohd Zain dan diteruskan dengan majlis penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim yang disampaikan oleh Awang Murni.

Haji Mohd Zahid menjelaskan, majlis tersebut merupakan salah satu acara tahunan bagi kampung berkenaan dalam membantu meringankan beban perbelanjaan menjelang Hari Raya Aidilfitri di samping menyemarakkan bulan Ramadan dengan majlis keagamaan bagi mengharapkan ganjaran pahala dan keberkatan di bulan yang mulia ini.

Awang Murni semasa menyampaikan derma kepada anak-anak yatim di kawasan Perpindahan Burong Pingai, Berakas.
Awang Murni semasa menyampaikan derma kepada anak-anak yatim di kawasan Perpindahan Burong Pingai, Berakas.

ARTIKEL YANG SAMA