18 askar Filipina maut, dibunuh militan

18 askar Filipina maut, dibunuh militan

ZAMBOANGA, Filipina, 10 April (AFP) – Serangan Filipina ke atas kumpulan pelampau Abu Sayyaf selepas siri-siri penculikan telah mengorbankan 18 orang tentera dan lima orang pejuang terbunuh dalam keganasan paling teruk di selatan bertikai tahun ini, menurut pihak berkuasa hari ini.

Pertembungan semalam di pulau bertikai, Basilan berlaku selepas had akhir wang tebusan 8 April yang ditetapkan oleh Abu Sayyaf, yang telah mengancam akan memancung kepala beberapa tebusan warga asing mereka.

Kira-kira empat orang tentera dipancung dalam pertempuran itu, yang melibatkan kira-kira beratus-ratus pemberontak Abu Sayyaf, menurut jurucakap tentera serantau Mejar Filemon Tan.

Ketua tentera Jeneral Hernando Iriberri, yang diterbangkan ke pangkalan kawalan selatan di bandar Zamboanga, 44 kilometer dari tempat keganasan, berkata pertempuran berlaku selama hampir 10 jam.

“Seluruh pasukan bersenjata sedang berdukacita,” ujarnya kepada para pemberita.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire Gazmin (dua kanan) dan ketua tentera Jeneral Hernando Iriberri (kanan) menziarahi salah seorang daripada 53 askar yang cedera di hospital tentera di Zamboanga. – AFP
Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire Gazmin (dua kanan) dan ketua tentera Jeneral Hernando Iriberri (kanan) menziarahi salah seorang daripada 53 askar yang cedera di hospital tentera di Zamboanga. – AFP

Menurutnya seorang warga Maghribi yang bersama seorang lelaki bersenjata terbunuh dalam pertempuran itu, dikenal pasti sebagai Mohammad Khattab, seorang pengajar membuat bahan letupan improvisasi dan yang seorang pendakwah pejuang jihad Islam.’

“Dia ingin menyatukan, mengatur semua kumpulan culik bagi wang tebusan untuk bergabung dengan sebuah pertubuhan pengganas antarabangsa,” menurut jeneral itu lagi.

Dia tidak akan mendedahkan kumpulan antarabangsa manakah warga Maghribi itu telah bekerjasama.

Iriberri berkata operasi diteruskan, dengan menambah kata “malah ketika kami bercakap, pertempuran sedang berlaku di tempat sama.”

Jurucakap tentera Kolonel Noel Detoyato memberitahu televisyen GMA di Manila bahawa ‘arahan tersedia kami’ ialah operasi gempur tidak akan dikurangkan dengan demikian kami menjangka dalam beberapa hari akan datang, akan lebih banyak lagi serangan.”

Jurucakap tentera bagi unit yang terlibat dalam pertempuran berkata tentera-tentera sedang dalam perjalanan untuk menyerang tempat persembunyian Abu Sayyaf apabila mereka diserang.

“Kumpulan kami dalam perjalanan untuk menyerang mereka. Dalam perjalanan itu mereka diserang hendap,” Kolonel Benedict Manquiquis memberitahu stesen radio DZRH.

ARTIKEL YANG SAMA