18 cedera, penyokong kelab bertempur

18 cedera, penyokong kelab bertempur

SARAJEVO, Bosnia, 14 Julai (Reuters) – Seramai 18 cedera di jalanan di sini, hari ini berikutan pertempuran yang membabitkan penyokong kelab bola sepak tempatan, FK Sarajevo dan kelab Poland, Lech Poznan beberapa jam sebelum perlawanan Kelayakan Liga Juara-Juara Eropah, berlangsung.

Perkara itu disahkan pegawai perlawanan dengan keganasan tercetus selepas tengah malam apabila puluhan peminat kedua-dua pasukan bergaduh sebelum bertempur dengan polis anti rusuhan.

Pihak polis cuba untuk menghalang keganasan daripada menghampiri sebuah hotel di pinggir bandar Sarajevo, Vogosca yang menjadi tuan rumah kepada Poland.

Jurucakap Pusat Klinikal Universiti Sarajevo, Muamera Sehic berkata, 11 rakyat Bosnia dan tujuh rakyat Poland dimasukkan ke pusat berkenaan pada awal pagi.

“Tiga rakyat Bosnia menghadapi kecederaan yang serius di kepala dan akan kekal di pusat perubatan untuk rawatan lanjut,” kata Sehic kepada Reuters.

Pergaduhan itu berlanjutan sehingga beberapa jam yang menyebabkan kerosakan serius kepada hotel, restoran, kafe dan kenderaan berhampiran, kata media tempatan memetik kenyataan jurucakap polis Sarajevo, Irfan Nefic.

FK Sarajevo yang juga juara Bosnia mengharungi perlawanan kelayakan kedua kejohanan elit Eropah itu dijadualkan bertemu pasukan Lech Poznan, awal pagi ini dengan perlawanan timbal balik yang dijadualkan pada 21 atau 22 Julai.

ARTIKEL YANG SAMA