18 dipilih selepas sesi pemilihan II

18 dipilih selepas sesi pemilihan II

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Seramai 18 pemain futsal tanah air telah terpilih untuk mengikuti latihan futsal skuad kebangsaan untuk Kejohanan Futsal AFF 2015 di Thailand selepas sesi pemilihan kedua selesai semalam.

Seramai 28 pemain Liga Futsal Brunei (BFL) 2015 daripada 56 orang yang dipanggil untuk menyertai sesi pemilihan awal telah datang untuk merebut peluang menyarung jersi kebangsaan, mewakili negara ke Kejohanan Futsal AFF 2015 yang akan berlangsung dari 8 hingga 16 Oktober 2015 nanti.

Semasa sesi pemilihan semalam, tujuh perlawanan sempat diadakan dengan setiap perlawanan berlangsung selama 10 minit, dan 10 pemain dibahagikan kepada dua kumpulan tanpa pertukaran pemain.

Pada 14 Ogos yang lalu pula, 36 pemain telah menghadiri sesi pemilihan pertama di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB).

Sesi pemilihan awal kedua untuk Kejohanan Futsal AFF 2015 sedang dijalankan.
Sesi pemilihan awal kedua untuk Kejohanan Futsal AFF 2015 sedang dijalankan.

Para pemain yang telah dipanggil untuk mengikuti dua sesi pemilihan awal terdiri daripada para pemain BFL 2015 daripada 12 pasukan yang telah dinilai berbakat oleh barisan jurulatih tempatan yang telah menyertai Kursus Futsal FIFA 2014. Mereka termasuklah 20 pemain Bawah 21 Tahun.

Senarai nama mereka yang terpilih itu akan diumumkan secara rasmi ketika mereka menjalani sesi latihan pertama bersama ketua jurulatih dan penolong ketua jurulatih yang dilantik oleh NFABD.

ARTIKEL YANG SAMA