18 maut bas mini dilanggar komuter

18 maut bas mini dilanggar komuter

JAKARTA, 6 Dis – Perlanggaran di antara sebuah kereta api komuter dan sebuah bas mini di sebuah pusat penyeberangan di ibu negara Jakarta, Indonesia, hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang dan mencederakan beberapa yang lain, menurut pegawai.

“Setakat ini kami mendengar jumlah korban jiwa sudah mencecah 18 orang,” seorang jurucakap Kementerian Pengangkutan memberitahu AFP.

Pasukan dari kementerian itu dan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara sudah dikerahkan untuk menyiasat punca nahas, tambah jurucakap itu.

Eva Chairunisa, jurucakap operator kereta api, Kereta Commuter Line, berkata nahas berlaku sejurus sebelum jam 9 pagi apabila kereta api melanggar sebuah bas mini yang sesak dengan penumpang ketika ia menyeberangi pusat penyeberangan di bahagian utara bandar berkenaan.

Anggota polis berkawal berhampiran kawasan nahas membabitkan sebuah bas mini dan kereta api komuter di Jakarta Barat pada 6 Disember 2015. - Reuters
Anggota polis berkawal berhampiran kawasan nahas membabitkan sebuah bas mini dan kereta api komuter di Jakarta Barat pada 6 Disember 2015. – Reuters

Bas itu dipandu melepasi pintu pagar yang tertutup di pusat penyeberangan itu sebelum ia dilanggar, katanya.

“Tiada sesiapa di dalam kereta api yang cedera tetapi sejumlah orang penumpang bas maut,” beliau memberitahu AFP.

Chairunisa berkata pemandu kereta api mematuhi standard prosedur dan membunyikan hon untuk memberi amaran kepada pemandu bas sebelum bahas berlaku.

Separuh kawasan penyeberangan itu kini ditutup berikutan perlanggaran tersebut.

Nahas pengangkutan adakah perkara biasa di Jakarta, di mana sering berlaku kesesakan di jalan raya manakala bas dan kereta api kebiasaannya sudah berada dalam keadaan uzur dan penyelenggaraannya amat teruk.

Pada 2013 tujuh orang terbunuh dan sejumlah yang lain mengalami kecederaan apabila sebuah komuter berlanggar dengan sebuah lori tangki di satu pusat penyeberangan di Jakarta lalu terbakar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA