18 maut dalam kemalangan bot

18 maut dalam kemalangan bot

KOLKATA, India, 17 Mei (AP)– Pasukan penyelamat telah menemui 18 mayat dari sungai di negeri Bengal Barat timur India di mana bot yang mempunyai lebih muatan tenggelam berikutan acara kampung pada hujung minggu, kata seorang pegawai semalam.

Kapal itu terbalik malam Sabtu lalu apabila penduduk hendak pulang ke rumah mereka yang berada di seberang sungai walaupun anak-anak kapal perahu itu telah memberi amaran bahawa ia telah penuh, kata Majistret Daerah Saumitra Mohan.

Kerja-kerja menyelamat berakhir kelmarin, dengan berpuluh-puluh orang berjaya diselamatkan dan 18 mayat telah ditemui di daerah Burdwan, kira-kira 105 kilometer (65 batu) ke utara Kolkata, ibu negeri, kata Mohan.

Beliau berkata bot itu tidak stabil dan tenggelam pada kedalaman 28 meter (70 kaki) di tengah-tengah arus yang kuat.

Anggota penyelamat membawa mayat mangsa kemalangan bot terbalik di daerah Burdwan, India, Isnin lalu. – Xinhua
Anggota penyelamat membawa mayat mangsa kemalangan bot terbalik di daerah Burdwan, India, Isnin lalu. – Xinhua

Kemalangan itu mencetuskan bantahan di kawasan itu, dengan berpuluh-puluh warga kampung marah dan membakar beberapa bot pada hari Ahad lalu. Polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getahuntuk meleraikan penunjuk perasaan, menurut agensi berita India, Press Trust.

Kemalangan adalah kejadian biasa di India apabila kebanyakan feri dibina dalam keadaan yang lemah dan sering melebihi muatan, serta kurangnya peraturan-peraturan keselamatan.