18 maut dalam pengeboman kereta

18 maut dalam pengeboman kereta

ANKARA, 9 Okt – Seramai 18 orang terbunuh hari ini apabila sebuah van berisi lima tan bahan letupan meletup di tenggara Turki yang bergolak dalam satu serangan yang disalahkan ke atas militan Kurdish, kata perdana menteri.

Pengeboman itu yang membunuh 10 askar dan lapan orang awam, merupakan serangan maut ke atas pasukan keselamatan Turki sejak percubaan rampasan kuasa pada 15 Julai apabila cabang tentera cuba untuk menyingkirkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

“Serangan itu dilakukan oleh pengebom berani mati yang meletupkan sebuah van berisi lima tan bahan letupan,” kata Perdana Menteri Binali Yildirim kepada sidang media di Istanbul.

Laporan awal meletakkan jumlah kematian kepada sembilan orang selepas serangan yang menyasarkan pos kawalan keselamatan di wilayah Hakkari.

Asap kelihatan selepas militan Kurdish meletupkan bom kereta di luar stesen tentera di Semdinli berhampiran sempadan dengan Iraq pada 9 Oktober. – AFP
Asap kelihatan selepas militan Kurdish meletupkan bom kereta di luar stesen tentera di Semdinli berhampiran sempadan dengan Iraq pada 9 Oktober. – AFP

Letupan itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang memeriksa kenderaan di daerah Semdinli, kata agensi berita rasmi, Anadolu.

Seramai 26 orang lagi – 10 askar dan 16 orang awam – cedera dalam letupan yang disalahkan ke atas Parti Pekerja Kurdistan (PKK), kata Anadolu.

Letupan itu mengakibatkan lubang besar di jalan seluas 10-15 meter (33-49 kaki) dan kira-kira tujuh meter (22 kaki) dalamnya, kata Anadolu. Ia juga mengakibatkan kerosakan besar pada pagar utama pos kawalan tersebut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA