18 maut nahas bas di Brazil

18 maut nahas bas di Brazil

SAO PAULO, 10 Jun – Sekurang-kurangnya 18 terbunuh manakala 20 lagi cedera apabila bas yang dinaiki mereka terbabas di timur Sao Paulo. Nahas berlaku kira-kira jam 11:40 malam waktu tempatan di pinggir bandar Mogi das Cruzes, kira-kira 60 kilometer ke timur Sao Paulo.

Inspektor Polis, Fabior Pierri, yang mengetuai siasatan berkata, keadaan cuaca baik ketika kejadian dan bas itu memecut melebihi had kelajuan pada satu selekoh. “Kami juga tidak menolak kemungkinan pemandu bas tertidur ketika memandu,” katanya.

Syarikat yang memilik bas berkenaan, Uniao do Litoral, berkata dalam kenyataan kenderaan itu lulus program penyelenggaraan rutin dua minggu lalu dan punca kejadian cuma akan diketahui selepas siasatan menyeluruh dilakukan.

Keadaan bas yang terjunam ke dalam gaung di Sao Paulo, di mana 18 orang disahkan terbunuh. – AFP
Keadaan bas yang terjunam ke dalam gaung di Sao Paulo, di mana 18 orang disahkan terbunuh. – AFP

Lima belas orang, termasuk pemandu, ditemui mati di tempat kejadian dan seorang lagi dalam perjalanan ke hospital. Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya dua lagi penumpang turut maut.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan laporan berkenaan. Portal web G1 melaporkan, kebanyakan penumpang adalah pelajar universiti yang berulang alik dari Mogi das Cruzes ke bandar kecil sepanjang pesisir pantai utara Sao Paulo. – AP