18 maut serangan Boko Haram

18 maut serangan Boko Haram

YOLA, Nigeria, 17 Jun (AFP) – Seorang pegawai polis berkata pelampau Boko Haram telah membunuh 18 orang di sebuah pengebumian di timur laut Nigeria.

Jurucakap polis Othman Abubakar berkata semalam jumlah kematian berkemungkinan akan meningkat.

Saksi berkata, penyerang menembak mereka yang berkabung selepas tiba dengan motosikal di kawasan Madagali di negeri Adamawa pada malam Khamis. Seorang saksi berkata sekurang-kurangnya 10 orang cedera.

Boko Haram menyatakan sokongan terhadap kumpulan Negara Islam tahun lepas. Kumpulan pemberontakan berusia hampir tujuh tahun yang berpangkalan di Nigeria itu telah membunuh kira-kira 20,000 orang, memaksa lebih daripada dua juta meninggalkan rumah mereka dan berhijrah ke negara-negara jiran.

Serangan baru-baru di tenggara Niger membunuh lebih daripada 20 askar dan puluhan ribu melarikan diri, menambahkan lagi ketegangan di rantau tersebut.