18 murid dirai dalam majlis khatam

18 murid dirai dalam majlis khatam

Oleh Naqiyah Hs

 

TUTONG, 20 Sept – Seramai lapan murid lelaki dan 10 murid perempuan Sekolah Ugama (SU) Danau, di sini, telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah 6 yang diadakan di sekolah tersebut, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Pengajian Islam Daerah Tutong, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Hajah Norhayati binti Haji Sawal yang diiringi oleh Pemangku Guru Besar SU Danau, Dayang Norlee Aznah binti Haji Ramlee.

Turut hadir ialah Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Danau, Haji Azrin bin Haji Omar, Imam Masjid Kampung Danau, Pengiran Hassan bin Pengiran Haji Ismail, Ketua Bahagian Kenaziran Pejabat Pengajian Daerah Tutong, Hajah Sauaiah binti Haji Abdul Razak dan Nazir Lawatan Unit Al-Quran Pejabat Pengajian Islam Daerah Tutong, Awang Rosli bin Othman serta pegawai-pegawai JPI.

Hajah Norhayati (dua kanan) bersama pengerusi bersama majlis serta pegawai-pegawai dan Imam.
Hajah Norhayati (dua kanan) bersama pengerusi bersama majlis serta pegawai-pegawai dan Imam.
Gambar kenang-kenangan para peserta khatam.
Gambar kenang-kenangan para peserta khatam.
Antara jemputan yang hadir di majlis tersebut.
Antara jemputan yang hadir di majlis tersebut.

Bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh tetamu kehormat majlis, disusuli dengan bacaan surah-surah khatam dari Surah Adh-Dhuha hingga Surah Al-Masad oleh para peserta khatam.

Ini diikuti dengan dengan bacaan takhtim dan dikir marhaban oleh pelajar-pelajar Darjah Pra hingga 6 sekolah berkenaan serta doa khatam yang dibacakan oleh peserta khatam, Awang Sufri bin Rosli.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta khatam yang diteruskan dengan menabur bunga rampai oleh ahli keluarga murid-murid yang diraikan, dan sebelum mengakhiri majlis, doa selamat dibacakan oleh Pengiran Hassan.

ARTIKEL YANG SAMA