18 pasukan bola jaring berentap julang piala

18 pasukan bola jaring berentap julang piala

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Sebanyak 18 pasukan termasuk pihak penganjur akan berentap dalam menjulang Piala Sukan Ria Antara Syarikat bagi sukan Bola Jaring tahun 2016 di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya, Berakas, hari ini.

Kejohanan akan diadakan selama tujuh hari bermula hari ini dan disertai sebanyak 17 pasukan yang terdiri daripada pasukan Royal Brunei Airlines (RB), KPMG Brunei, Aegis Secure Solutions Sdn Bhd, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Jerudong Park Medical Centre (JPMC), PAR Food and Beverage Sdn Bhd, DST, Darussalam Assets Sdn Bhd dan B.T. Forwarding dalam Kumpulan A.

Sementara itu dalam Kumpulan B pula menampilkan pasukan Royal Brunei Catering, Jabatan Buruh, Baiduri Bank Group, CIBFM/AMBD, QAF Sdn Bhd, Kingston Beverage dan Cremaery, Telekom Brunei Berhad, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Bank Standard Chartered Bank.

Perlawanan pertama dalam kumpulan A hari ini menyaksikn Pasukan RB menentang Pasukan Aegis Solutions ynag berkesudahan dengan jaringan 11 – 4 yang berpihak kepada Pasukan RB.

Perlawanan kedua pula di antara Pasukan BIBD menentang Pasukan KPMG yang menyebelahi Pasukan BIBD apabila berjaya mengutip jaringan 13 – 0 dan perlawanan ketiga menyaksikan Finalis tahun 2015 pasukan DST yang berhadapan Pasukan DST yang menjinakkan Pasukan JPMC dengan mata 12 – 07

Pasukan QAF ketika beraksi dalam kejohanan itu kali ini.
Pasukan QAF ketika beraksi dalam kejohanan itu kali ini.
Nurafiqah @ Fatin Najlaa ketika ditemu bual.
Nurafiqah @ Fatin Najlaa ketika ditemu bual.

Ketika ditemui Juara bertahan dalam kejohanan kali ini, pasukan B.T Forwarding Company yang diwakili Ketua Pasukannya, Nurafiqah @ Fatin Najlaa Samat menegaskan cabaran kali ini sangat sengit dan cabaran serta tanggungjawab sangat berat bagi beliau dan pasukannya terutama di dalam misi mempertahankan kejuaraan tahun lalu.

“Dua daripada pemain kami tahun lalu tidak lagi berkhidmat dengan syarikat dan tahun ini menampilkan satu pertukaran besar dan bercakap mengenai cabaran sememangnya akan lebih daripada tahun lalu,” ujarnya.

Pasukan B.T Forwarding mempunyai barisan pemain yang cukup aktif termasuk beliau sendiri yang bermain bersama pasukan Kebangsaan dan terdapat dalam kalangan mereka giat berkecimpung dalam cabaran bola jaring tempatan bersama kelab-kelab dan persatuan.

“Setiap bola kawalan kami dihasratkan membuahkan hasil jaringan dan saya sendiri akan berada dalam petak serangan sebagai penjaring gol dan memilih posisi ini untuk memastikan jaringan yang optimum,” tegas pemain yang biasa bermain dalam posisi penjaga gol dan pertahanan itu.

Kali ini merupakan penyertaan keduanya bersama B.T. Forwarding setelah penyertaan pertama berpihak di pihak mereka sebagai juara tahun 2015 dan berhasrat mengekalkan kejuaraan buat kal ini meskipun cabaran berat di hadapan mereka tegasnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA