18 pasukan sertai Liga Daerah Brunei Muara

18 pasukan sertai Liga Daerah Brunei Muara

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Pertubuhan Bola Sepak Daerah Brunei dan Muara (PBDBM) hari ini telah mengadakan mesyuarat bersama para pengurus pasukan yang akan menyertai Liga Daerah Brunei Muara 2015.

Hadir pada majlis yang berlangsung di Jerudong itu ialah Yang Dipertua PBDBM, Haji Juned bin Haji Ramli dan ahli Jawatankuasa PBDBM.

Antara yang dibincangkan pada mesyuarat itu ialah mengenai syarat-syarat perlawanan, jadual perlawanan dan pembukaan rasmi liga.

Menurut Pengerusi Perlawanan, Haji Mohd Noor bin Haji Hamid, sebanyak 18 pasukan yang dibahagikan kepada tiga kumpulan akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu kelak.

Kumpulan A dibarisi oleh Pasukan Peseja United, Ikerab FC, MSN United FC, Dagang FC, Sporting Family Team (SFT) dan Seri Wira FC.

Antara ahli jawatankuasa yang menghadiri mesyuarat tersebut.
Antara ahli jawatankuasa yang menghadiri mesyuarat tersebut.

Manakala dalam Kumpulan B ialah Rainbow FC, Sewira FC, Savilla FC, Seri Bolkiah 1 FC, Telbru FT, Al Idrus FC, dan Kumpulan C dibarisi oleh Kilugos FC, Bakes FT, Darussalam Soccer Players (DSP United), AKSE Bersatu, Bebuloh FC dan PLAN BATU.

Menurutnya, majlis pembukaan rasmi liga akan diadakan pada 20 September 2015, di Padang dan Belapan Berakas dengan pertemuan pertama antara Pasukan Darussalam Soccer Players (DSP UNITED) menentang Pasukan AKSE Bersatu.

Sehubungan itu, PBDBM berharap kepada semua peminat bola sepak akan hadir di semua perlawanan memberikan sokongan kepada pasukan pilihan masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA