18 pekerja Kemboja maut nahas jalan raya

18 pekerja Kemboja maut nahas jalan raya

PHNOM PENH, 19 Mei – Sekurang-kurangnya 18 pekerja kilang pakaian mati dan 21 lagi cedera hari ini apabila sebuah bas berlanggar dengan van yang membawa mereka ke tempat kerja, kata pegawai.

Gambar-gambar dari tapak nahas menunjukkan mayat-mayat terlempar daripada bangkai van pekerja yang musnah teruk.

“Sebuah bas dari Prey Nokor (Ho Chi Minh City) memintas kereta dan berlanggar dengan van yang membawa 39 pekerja, membunuh 16 orang daripadanya serta merta,” gabenor wilayah timur Svay Rieng, Cheang Am memberitahu AFP melalui telefon.

Dua lagi pekerja mati akibat kecederaan dalam perjalanan ke hospital di Phnom Penh, kata Cheang Am kemudian, manakala 21 cedera, dengan beberapa orang daripadanya dalam keadaan kritikal.

Pemandu bas warga Kemboja diberkas, kata gabenor, menambah kenderaan itu dipercayai dipandu laju.

Jalan raya Kemboja memang terkenal merbahaya dengan lebih 2,000 orang terkorban dalam kemalangan tahun lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA