18 penumpang fail tuntutan mahkamah akibat pesawat terbakar

18 penumpang fail tuntutan mahkamah akibat pesawat terbakar

CHICAGO, 15 Nov – Tuntutan mahkamah telah difailkan oleh 18 penumpang yang berada di atas kapal pesawat American Airlines yang terbakar pada bulan lalu di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare, Chicago selepas mengalami kegagalan enjin.

Tuntutan difailkan semalam di Mahkamah Cook County Circuit yang mensasarkan American Airlines, pengeluar pesawat Boeing Inc dan pengeluar enjin General Electric Aviation (GE).

Menurut laporan Chicago Sun-Times bahawa tuntutan mahkamah mendakwa GE menjual enjin rosak yang digunakan oleh Boeing yang berpangkalan di Chicago bagi pemasangan sebuah pesawat yang tidak selamat. Penumpang juga mendakwa pekerja American Airlines perlu melakukan kerja yang lebih baik dalam pemeriksaan pesawat. Mereka berpendapat pekerja gagal untuk memberikan “bantuan, penyeliaan dan arahan” semasa pemindahan itu.

Juruterbang pada 28 Oktober menggugurkan pelepasan Penerbangan American Airlines 383 ke Miami.

Kesemua 161 penumpang dan sembilan anak kapal berjaya selamat dipindahkan, dengan pegawai-pegawai berkata 20 orang mengalami kecederaan ringan. – AP