18 serangan udara sasar kedudukan IS

18 serangan udara sasar kedudukan IS

WASHINGTON, 22 Jun (Reuters) – Amerika Syarikat (AS) dan negara pakatan melancarkan 18 serangan udara ke atas sasaran kumpulan IS di Iraq dengan masing-masing empat serangan di Tal Afar dan Mosul, menurut Pasukan Petugas Bersama AS dalam satu kenyataan.

Secara keseluruhannya, serangan udara itu menyasarkan sembilan bandar Iraq dan memusnahkan bangunan, unit taktikal, kenderaan dan senjata berat kumpulan IS.

Dua serangan udara mengenai sasaran berhampiran bandar Haditha.

Bandar lain yang disasarkan ialah Baghdadi, Ar Rutbah, Baiji, Fallujah, Makhmur dan Sinjar.

ARTIKEL YANG SAMA