18 siswazah sertai TelBru

18 siswazah sertai TelBru

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Seramai 18 siswazah hari ini menyertai TelBru sebagai Pelatih Pengurusan di bawah Program Perkembangan Bakat Muda yang diadakan pada petang ini.

Surat tawaran rasmi mereka diberikan secara peribadi oleh Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, David Kay, pada satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat TelBru, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

TelBru dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka akan menyertai tiga kumpulan siswazah sebelum ini yang telah digaji oleh syarikat dalam tempoh dua tahun lalu.

Program Perkembangan Bakat Muda adalah program latihan khas empat bulan untuk siswazah terpilih daripada latar belakang pendidikan yang berlainan, bertujuan membentuk siswazah muda berkenaan untuk menjadi pemimpin masa depan di TelBru, dengan tumpuan diberikan pada kepimpinan, kemahiran pengurusan dan pengetahuan perniagaan telekomunikasi.

Para pelatih baru TelBru bergambar ramai bersama.
Para pelatih baru TelBru bergambar ramai bersama.

Dengan pelatih baru, program berkenaan, yang pertama diperkenalkan pada Julai 2013 telah menghasilkan 79 Pelatih Pengurusan baru yang kini sedang bekerja di pelbagai divisyen dan unit di bawah TelBru.

Siswazah yang datang dari pelbagai universiti dan institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara dipilih selepas proses penilaian yang teliti demi melayakkan diri untuk program ini yang terdiri daripada latihan untuk membolehkan mereka lebih memahami mengenai perniagaan TelBru, membentuk minda yang menumpu pada pelanggan, membentuk pemimpin masa depan dan kemahiran pengurusan yang baik dengan mengamalkan amalan terbaik dunia.

ARTIKEL YANG SAMA