18 terbunuh Serangan udara

18 terbunuh Serangan udara

BEIRUT, 30 Nov (Agensi) – Kira-kira 40 dipercayai terbunuh manakala puluhan lagi cedera selepas serangan udara yang disyaki dilakukan Russia menyasarkan kawasan sesak di wilayah Idlib semalam.

Serangan awal pagi itu berlaku di bandar Ariha, 15 kilometer di selatan bandar Idlib.

Saluran berita tempatan Ariha Youm melaporkan, bom berangkai digunakan dalam serbuan itu oleh jet pejuang Russia.

Laporan awal mengatakan hanya 18 terbunuh tetapi jumlah itu dipercayai meningkat pantas.

Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) Rami Abdulrahman, meletakkan angka yang lebih tinggi iaitu sekurang-kurangnya 60 terbunuh dan cedera. Sementara itu, kementerian pertahanan Russia tidak dapat dihubungi untuk mengulas kejadian.

Tentera udara Russia menjalankan serangan udara sebagai menyokong Presiden Bashar al-Assad sejak 30 September lalu.

ARTIKEL YANG SAMA