18 terima sumbangan Projek ‘Jambatan Senyuman’

18 terima sumbangan Projek ‘Jambatan Senyuman’

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Bahagian Pengakap Berkeperluan Khas, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) hari ini menghulurkan sumbangan kepada 18 orang penerima di bawah Projek ‘Jambatan Senyuman’ untuk membantu anak-anak yatim dan orang-orang yang berkeperluan khas (OBK).

Sepuluh orang penerima terdiri daripada tiga anak yatim dan tujuh anak berkeperluan khas yang bersekolah di Pusat Bahagia.

Dua penerima menerima sumbangan tersebut dalam satu majlis yang diadakan di  Pusat Bahagia Brunei Muara, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pagi ini.

Manakala sumbangan bagi lapan orang penerima lagi akan dihantar ke rumah masing-masing.

Sumbangan-sumbangan tersebut disampaikan oleh pemimpin-pemimpin Pasukan Pengakap Bahagia yang diketuai oleh Awang Mohammad Aidil bin Jahali.

Sumbangan-sumbangan tersebut disampaikan oleh pemimpin-pemimpin Pasukan Pengakap Bahagia yang diketuai oleh Awang Mohammad Aidil.
Sumbangan-sumbangan tersebut disampaikan oleh pemimpin-pemimpin Pasukan Pengakap Bahagia yang diketuai oleh Awang Mohammad Aidil.

Turut hadir menyaksikan penyampaian sumbangan ialah Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pengakap Orang Berkeperluan Khas, Haji Mohamad Paizzal bin Haji Piluk.

Projek ‘Jambatan Senyuman’ yang dikendalikan oleh Bahagian Pengakap Berkeperluan Khas, PPNBD pertama kali diadakan pada bulan puasa yang lepas.

Projek tersebut mengumpulkan derma serta sumbangan daripada pemimpin-pemimpin pengakap serta ahli-ahli PPNBD dan diserahkan kepada anak-anak yatim serta anak-anak berkeperluan khas yang berhak menerima.

PPNBD juga berhasrat untuk menjadikan projek ini sebagai projek berpanjangan bagi memberikan pendidikan dan latihan kepada belia-belia pengakap tentang kepentingan memeduli dan mengelinga anak-anak yatim dan anak-anak OBK di negara ini.

Haji Mohamad Paizzal dalam ucapannya berkata, kempen seumpama itu dapat memberikan kesedaran dan pendidikan secara tidak formal tentang semangat kesukarelawanan dalam membantu dan memberikan pulangan balik kepada masyarakat terutama kepada negara.

Katanya, projek itu juga bersesuaian dengan sambutan Hari Kedamaian Sedunia (World Peace Day) yang disambut setiap tahun.