19 atlet muda galas misi negara

19 atlet muda galas misi negara

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 23 Nov – Seramai 19 orang atlet negara terdiri daripada 10 lelaki dan sembilan perempuan menyertai acara olahraga Sukan Sekolah-sekolah ASEAN ke-7 (ASG7) yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tutong.

Pengurus Sukan Olahraga ASG7 negara tahun ini, Haji Puteh bin Haji Timbang berkata negara menghantar ramai atlit kerana mengambil kesempatan menjadi hos dengan penyertaan 10 atlet terbaik dibandingkan pengambilan atlit menyertai kejohanan olahraga di luar negara, hanya seramai enam atlet terbaik.

Beliau menjelaskan pada tahun ini kebanyakan atlit negara dalam acara olahraga kesemuanya atlet muda baru kerana atlet yang terdahulu sudah pun berumur lebih 18 tahun dan tidak memenuhi syarat.

Haji Puteh berharap atlet muda yang mewakili negara di ASG7 tahun ini dapat meraih satu pengalaman baru dan akan dapat memecah rekod peribadi serta terus mewakili negara dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang sekali gus mencapai tahap yang lebih baik.

Pengurus Sukan Olahraga Negara, Haji Puteh bergambar bersama atlit-atlit muda negara yang menyertai acara olahraga ASG7.
Pengurus Sukan Olahraga Negara, Haji Puteh bergambar bersama atlit-atlit muda negara yang menyertai acara olahraga ASG7.

Beliau berkata para atlet olahraga negara dipilih melalui pelbagai kejohanan sekolah sama ada di peringkat sekolah-sekolah menengah dan aktiviti-aktiviti kejohanan melalui persatuan-persatuan dan badan-badan lain di negara ini sambil membuat saranan agar para atlet muda agar sentiasa menggunakan kemudahan latihan disediakan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di Tutong, Belait dan Bandar Seri Begawan pada jam 4 petang hingga 6 petang.

Latihan juga disediakan di Sekolah Sukan yang mana para atlet muda adalah sentiasa dialu-alukan hadir untuk mengikuti latihan pada jam 4 petang hingga 5 petang kecuali pada Jumaat dan Ahad. Melalui latihan yang berterusan ini, beliau berharap atlet-atlet muda akan dapat menggilap lagi bakat-bakat mereka.