19 kes jangkitan virus Zika di Puerto Rico

19 kes jangkitan virus Zika di Puerto Rico

SAN JUAN, 27 Jan – Virus Zika bawaan nyamuk kini ditemui pada 19 orang di Puerto Rico, meskipun tidak seorang pun mereka itu wanita hamil, mereka itu berisiko, menurut setiausaha kesihatan pulau itu.

Virus itu telah dikaitkan dengan meningkatnya kelahiran anak damit dengan keadaan saiz kecil kepala yang luar biasa dan wanita hamil dinasihatkan tidak pergi ke Amerika Latin dan negara-negara Caribbean kerana virus itu.

“Seseorang yang telah dijangkiti mesti telah datang, yang menjangkiti penduduk nyamuk yang kemudian menjangkiti penduduk setempat, yang membolehkan rebakan penyakit ini,” menurut Setiausaha Kesihatan Puerto Rico Ana Rius.

Dia melaporkan bahawa 18 kes baru virus Zika telah dikesan yang menghuni AS, yang menaikkan jumlah kepada 19 sejak kes pertama Pulau Caribbean yang disahkan bulan lalu.

Setakat ini virus ini tidak dikesan di benua AS. Bagaimanapun sebilangan penduduk telah dijangkiti ketika berada di luar negeri dan para pegawai bimbang ia boleh merebak jika mereka digigit oleh nyamuk selepas pulang ke tanah air.

Pekerja perbandaran memberi isyarat kepada warga setempat sebelum menyembur racun serangga di kawasan kejiranan Imbiribeira di Recife, Brazil. - Reuters
Pekerja perbandaran memberi isyarat kepada warga setempat sebelum menyembur racun serangga di kawasan kejiranan Imbiribeira di Recife, Brazil. – Reuters

Arkansas menjadi negeri terbaru yang membangkitkan kebimbangan semalam selepas ujian-ujian menunjukkan seorang penduduk telah dijangkiti kes lemah Zika ketika di luar negeri. Florida, Hawaii dan New York juga melaporkan kes-kes ini beberapa minggu kebelakangan yang dijangkiti Zika ketika mereka pergi ke kawasan-kawasan yang menerima impak dari virus ini.

Kes-kes Zika di Puerto Rico bertumpu di tenggara pulau itu dan virus ini dibawa oleh nyamuk Aedes yang juga membawa denggi dan chikungunya, menurut Rius.

Di Brazil, jangkitan virus Zika pada wanita-wanita mengandung telah dikaitkan dengan 3,893 anak damit yang mempunyai saiz kepala kecil yang luar biasa, satu keadaan yang dikenali sebagai mikrosefali. – AFP