19 maut banjir di Indonesia

19 maut banjir di Indonesia

JAKARTA, 21 Sept – Angka kematian akibat beberapa kejadian tanah runtuh dan banjir kilat di Indonesia meningkat kepada 19 hari ini, kata seorang pegawai, termasuk beberapa kanak-kanak yang terselamat telah ditemui oleh pasukan penyelamat.

Rantau yang paling teruk terjejas adalah pulau utama barat Indonesia, Jawa, di mana hujan lebat di Garut menunjukkan air yang mengakibatkan banjir begitu cepat meningkat kepada dua meter (6.5 kaki), menurut jurucakap agensi bencana kebangsaan Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan.

“Laporan rasmi (dari Garut) … bahawa 16 orang terbunuh dan lapan yang lain masih hilang,” katanya.

Antara yang terbunuh dari banjir yang semakin meningkat itu adalah seorang anak damit berusia lapan bulan dan empat kanak-kanak lain di bawah umur 10 tahun, Sutopo berkata, memetik laporan mangsa dari agensi bencana tempatan di Garut.

Satu pasukan mencari dan menyelamat Indonesia yang disertai oleh sukarelawan membuang serpihan dari kawasan yang dilanda tanah runtuh di Sumedang kelmarin. Angka kematian akibat kejadian tanah runtuh dan banjir kilat meningkat meningkat kepada 19. – AFP
Satu pasukan mencari dan menyelamat Indonesia yang disertai oleh sukarelawan membuang serpihan dari kawasan yang dilanda tanah runtuh di Sumedang kelmarin. Angka kematian akibat kejadian tanah runtuh dan banjir kilat meningkat meningkat kepada 19. – AFP

Lebih daripada seribu orang telah dipaksa keluar dari rumah mereka di daerah ini dan mengambil tempat perlindungan di khemah kecemasan berdekatan yang ditubuhkan oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Di tempat lain di Jawa Barat, angka kematian akibat tanah runtuh di Sumedang Regency meningkat kepada tiga, dengan seorang lagi dipercayai masih hilang di bawah runtuhan lumpur dan batu.

Kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan dua yang lain cedera dan memusnahkan masjid, kata Sutopo. – AFP