19 maut dalam nahas bas, trak berlanggar

19 maut dalam nahas bas, trak berlanggar

MULTAN, Pakistan, 13 April (AFP) – Kira-kira 19 orang termasuk dua kanak-kanak terkorban dalam satu pelanggaran antara bas penumpang dan sebuah trak di Pakistan awal hari ini, menurut para pegawai.

Kemalangan berlaku berhampiran bandar Theekriwala di wilayah Punjab akibat “pemanduan laju dan cuai”, kata pegawai polis kanan, Afzaal Ahmed Khosa memberitahu AFP.

“Seramai 19 penumpang termasuk dua wanita dan dua kanak-kanak terbunuh,” kata Khosa.

Dr Naeem Hashmi, yang bekerja di Hospital Allied berhampiran bandar Faisalabad, mengatakan 15 yang cedera telah dirawat di jabatan kecemasan. Dua daripada mereka dalam keadaan yang kritikal.

Pakistan memiliki rekod keselamatan jalan yang mengerikan akibat jalan raya teruk, kenderaan kurang diselenggarakan dan pemanduan cuai.

ARTIKEL YANG SAMA