19 pengawal sertai Kursus Marsyal Bomba

19 pengawal sertai Kursus Marsyal Bomba

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Dis – Seramai 19 orang pengawal keselamatan Waspada Security Service baru-baru ini menjalani Kursus Marsyal Bomba selama tiga hari di Balai Bomba dan Penyelamat Mentiri dan Pusat Latihan Lama, Berakas.

Kursus dikendalikan oleh Pegawai Balai Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi ‘A’, Pengiran Haji Muhamad bin Pengiran Tengah bersama pegawai dan anggota Balai Bomba cawangan Mentiri. Semasa kursus, mereka mendengar taklimat mengenai tugas dan fungsi jabatan, tatacara penggunaan alat-alat pemadam api secara teori dan praktikal, latihan pengosongan bangunan dalam kecemasan dan juga tatacara berjalan di dalam ‘bilik gelap’ yang penuh rintangan dan halangan. Mereka juga berpeluang melihat secara lebih dekat penggunaan perkakas dan jentera khas Bomba.

Di akhir kursus, para peserta menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Penolong Penguasa Bomba, Awang Nazri bin Haji Anuar selaku Stesen Komander Balai Bomba cawangan dan Penyelamat Mentiri. – Faridah binti Haji Ibrahim

Peserta kursus bergambar ramai bersama pegawai dan anggota dari Balai Bomba Mentiri.
Peserta kursus bergambar ramai bersama pegawai dan anggota dari Balai Bomba Mentiri.

ARTIKEL YANG SAMA