19 penghijrah diselamatkan dari bot

19 penghijrah diselamatkan dari bot

LONDON, 29 Mei – Pengawal Britain mengatakan ia telah menyelamatkan 19 penghijrah hari ini dari Channel selepas bot kembung mereka mulai dimasuki air.

“Rhib (bot boleh kembung) bersama 19 orang di dalamnya telah ditemui pada 2 pagi (0100 GMT) dan insiden itu diserahkan kepada Pasukan Sempadan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Misi itu termasuk pengerahan mencari dan menyelamat menggunakan helikopter dan bot penyelamat dari Dungeness dan Littlestone, bandar pantai di Kent, tenggara England.

Persatuan pengawal pantai Calais, SNSM juga membantu dalam operasi, menurut presiden Bernard Barron.

“Kami dipinta untuk membantu..sebuah bot membawa kira-kira 20 orang antara Calais dan Dover,” ujarnya kepada AFP.

“Penghijrah yang terdampar di pantai, memanggil keluarga mereka, yang kemudian memberitahu pihak berkuasa dan misi penyelamat kemudian dimaklumkan di kedua-dua belah pihak Channel,” ujarnya, menambah bahawa sebuah helikopter telah dikerahkan dari Le Touquet, barat laut Perancis. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA