19 peserta berentap Kejohanan Liga Petanque

19 peserta berentap Kejohanan Liga Petanque

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Seramai 19 pemain akan bertanding di dalam acara perseorangan Kejohanan Liga Petanque Brunei Darussalam 2016 yang bermula hari ini sehingga Disember nanti.

Kejohanan yang akan berlangsung di Gelanggang Petanque, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas itu dijalankan dalam format liga dengan himpunan mata terbanyak akan menjulang piala BPL 2016.

Hadir selaku tetamu kehormat ke majlis perasmian liga Petanque berkenaan ialah Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Dayang Mariam binti Ulat. Turut hadir ialah ahli jawatankuasa kerja liga berkenan.

Barisan pemain yang menyertai kejohanan berkenaan antaranya ialah Masli Haji Mohd Said, Pengiran Hajah Masni Pengiran Haji Metarsad, Azmi Eddy Mohd Haris, Raihani, Junaidi Ali, Pengiran Haji Asmalina Pengiran Haji Jaya, Surtini, Haji Zulkifli Haji Yahya, Mulsinah, Mazlan Haji Yahya, Hajah Norhani Haji Dollah, Marhalim Haji Juni, Pengiran Shahminan Pengiran Haji Jaya, Khairul Bariyah Khairul Anuar, Wirna Haji Mohd Yassin, Haji Abdul Karim Haji Ahmad, Siti Badariah, Hamidun Haji Abdul Hamid dan Afiq bin Abdul Aziz.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Gambar ramai bersama para peserta yang akan menyertai kejohanan tersebut.
Gambar ramai bersama para peserta yang akan menyertai kejohanan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA