19 terkorban dalam pertempuran di Congo

19 terkorban dalam pertempuran di Congo

KINSHASA, 14 Ogos – Seramai 19 orang terbunuh dalam pertempuran antara polis dan militia di tengah Republik Demokratik Congo, menurut pihak berkuasa.

Yang maut termasuk ketua kumpulan militia, Kamwina Nsapu, gabenor bagi wilayah Kasai-Central, kata Alex Kande memberitahu penyiaran awam lewat kelmarin.

Katanya Nsapu merupakan antara lapan anggota militia yang terbunuh dalam pertempuran di bandar Tshimbulu pada Jumaat.

Seramai 11 anggota polis juga maut, kata Kande.

Beberapa minggu kebelakangan, Nsapu telah berazam untuk ‘menghapuskan pasukan keselamatan Kasai-Central, yang telah melakukan semua jenis gangguan ke atas penduduk,” kata Radio Okapi disokong PBB, memetik sumber tempatan.

Kande menambah empat anggota polis lain telah dilaporkan hilang dan kira-kira 40 anggota militia juga ditangkap termasuk 17 kanak-kanak yang berusia antara lima dan 12 tahun.

Polis juga merampas senjata dan amunisi.

Katanya pertempuran itu meletus ‘berikutan campur tangan daripada pasukan keselamatan yang berusaha untuk melindungi dan mengawal keamanan rakyat Tshimbulu, sebelum ‘diserang oleh pengganas daripada ketua Kamwina Nsapu’. – AFP