19 warga asing ditahan

19 warga asing ditahan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Seramai 19 warga asing ditahan semasa Operasi Sepadu yang dijalankan oleh enam agensi penguatkuasa undang-undang yang tertumpu di rumah pekerja asing di kawasan Telisai dan Lamunin, baru-baru ini.

Pemangku Ketua Unit Perhubungan Awam, ASP Haji Mohamad Noor bin Haji Abdul Rahman menurut kenyataannya berkata operasi yang bermula pada pukul 10:15 malam itu diketuai oleh Pemangku Penolong Pemerintah/Pegawai Jenayah Daerah Polis Tutong.

Warga asing yang ditahan ketika operasi tersebut.
Warga asing yang ditahan ketika operasi tersebut.

Hasil Operasi Sepadu yang dijalankan selama empat jam itu, seramai 10 warga asing ditahan atas kesalahan Akta Imigresen, tiga orang ditahan atas kesalahan Akta Kastam dan enam orang ditahan pada dua tempat berasingan atas kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian.

Seramai 145 anggota yang terlibat dalam operasi tersebut termasuk Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Biro Kawalan Narkotik, Penguatkuasa Ugama dan Daerah Polis Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA