19 warga UTB terima anugerah

19 warga UTB terima anugerah

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Bahyiah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Seramai 19 orang pegawai dan kakitangan Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah menerima Anugerah Cemerlang pada Majlis Penyampaian Anugerah Kakitangan Cemerlang yang berlangsung di Dewan Serba Guna Fasa 3, UTB.

Hadir menyempurnakan penyampaian anugerah-anugerah berkenaan selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Pada majlis itu, tetamu kehormat juga telah menyampaikan wang tunai sebanyak $1,000 kepada penerima-penerima Anugerah Special Mention.

Penganugerahan kakitangan cemerlang yang bermula sejak tahun lepas itu bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang telah menyumbangkan perkhidmatan mantap demi menjayakan dan mencapai pencapaian strategik UTB.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyerahkan anugerah kepada salah seorang penerima.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyerahkan anugerah kepada salah seorang penerima.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi dan Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah bergambar ramai bersama sebahagian penerima anugerah pada majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi dan Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah bergambar ramai bersama sebahagian penerima anugerah pada majlis berkenaan.

Naib Canselor UTB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman, ketika menyampaikan ucapan berkata, Anugerah Kecemerlangan Pengajaran, Penyelidikan dan Pentadbiran dan Special Mention itu bertujuan untuk memberi penghargaan dan semangat berterusan kepada para penerima iaitu 10 orang penerima Anugerah Kecemerlangan dan sembilan penerima Anugerah Special Mention.

Majlis tidak ketinggalan dimeriahkan dengan Rumah Terbuka antara seksyen UTB Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016.

Pada majlis itu juga, juara bagi petak rumah terbuka tercantik telah menerima hadiah daripada Yang Berhormat Pehin.

ARTIKEL YANG SAMA