198 pelajar sertai Majlis Khatam Al-Quran

198 pelajar sertai Majlis Khatam Al-Quran

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Seramai 198 pelajar Tahun 11 dan 10 Express dari Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja Mentiri (SMPDSM) telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan, pagi tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Kampung Zon 1 Skim Perumahan Negara Kampung Mentiri, Pengiran Haji Aliuddin bin Pengiran Haji Damit.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan diikuti dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam.

Antara para pelajar SMPDSM yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran berkenaan.
Antara para pelajar SMPDSM yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran berkenaan.

Ia kemudian diteruskan dengan bacaan Tahlil dan Doa Khatam serta Dikir Marhaban sebelum diakhiri dengan penyampaian sijil khatam kepada para peserta oleh tetamu kehormat.

Majlis ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar agar sentiasa mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan betul dan lancar.

ARTIKEL YANG SAMA