1AZAM bantu jana pendapatan

1AZAM bantu jana pendapatan

SANDAKAN, 30 Sept (Bernama) – Pelaksanaan Program 1AZAM merupakan komitmen kerajaan membantu golongan miskin menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup keluarga.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Zakaria Mohd Edris berkata menerusi program itu, golongan terlibat mampu memperoleh pendapatan dengan usaha sendiri melalui pekerjaan, aktiviti pertanian, keusahawanan ataupun perkhidmatan.

Katanya program 1AZAM merupakan inisiatif khusus Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan dilaksanakan di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.