1MDB beri perincian hutang RM42 bilion

1MDB beri perincian hutang RM42 bilion

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah mengeluarkan butiran terperinci bagaimana hutang RM42 bilion yang dikumpul oleh dana strategik negara itu digunakan, bertentangan spekulasi dan kritikan bahawa wang itu didakwa “hilang” atau “lesap”.

Dalam satu kenyataan hari ini, 1MDB berkata RM18 bilion digunakan untuk membeli aset tenaga, RM1.7 bilion untuk membeli tanah di TRX, Bandar Malaysia dan di Pulau Pinang, RM5.8 bilion untuk perbelanjaan kewangan, RM15.4 bilion dana pelaburan, dan masih ada lebihan tunai RM0.9 bilion.

ARTIKEL YANG SAMA