1MDB kemuka respon permohonan timbang tara

1MDB kemuka respon permohonan timbang tara

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) – 1MDB akan memfailkan respon kukuh terhadap Permintaan Timbang Tara (RFA) pada atau sebelum tarikh akhir 11 Julai, 2016 sepertimana ditetapkan oleh Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.

Dalam satu kenyataan hari ini, 1MDB turut menyuarakan keyakinan terhadap kedudukannya dari segi undang-undang.

Malah, syarikat pelaburan strategik itu turut melantik firma guaman, Weil Gotshal & Manges (Weil Gotshal) bagi mewakilinya dalam pertikaian antaranya dengan International Petroleum Investment Co (IPIC).

“Weil Gotshal adalah firma guaman terkemuka di peringkat global dengan kepakaran termasuk dalam litigasi antarabangsa,” kata syarikat itu.

1MDB berkata ia hari ini menerima RFA bertarikh 13 Jun, 2016 oleh pihak IPIC dan Aabar Investments PJS (Aabar) membabitkan pertikaiannya dengan IPIC.

ARTIKEL YANG SAMA