1MDB sedia kerjasama dengan semua pihak

1MDB sedia kerjasama dengan semua pihak

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sedia membantu mana-mana badan yang sah, termasuk pihak berkuasa Switzerland, dalam menjalankan sebarang siasatan.

“Bagaimanapun, ini tertakluk kepada nasihat daripada pihak berkuasa Malaysia yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

1MDB mengulas laporan bahawa Pejabat Peguam Negara Switzerland telah membuka siasatan berkaitan dengan syarikat itu.

Ia menyatakan syarikat itu belum dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa Switzerland tentang perkara itu, dan menegaskan bahawa “kami tetap komited untuk memberikan kerjasama penuh dengan mana-mana pihak berkuasa yang sah yang sedang menyiasat 1MDB”.