1MDB sedia membantu siasatan pihak berkuasa asing

1MDB sedia membantu siasatan pihak berkuasa asing

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengulangi kesediaannya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa asing bagi membantu sebarang siasatan berkaitan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, ketika ini syarikat itu belum dihubungi mana-mana pihak berkuasa asing berhubung siasatan itu,” kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy.

“Kami secara jelas dan terbuka telah menyatakan yang jika kami dihubungi atau diminta untuk membantu, kami akan bekerjasama sepenuhnya, tertakluk kepada protokol antarabangsa berkaitan hal-hal seperti itu,” katanya dalam temubual Bloomberg TV Malaysia pada Selasa.

Beliau ditanya sama ada 1MBD akan memberi bantuan atau penjelasan kepada mana-mana pihak berkuasa antarabangsa jika diminta, selepas beberapa negara dilaporkan sedang menyiasat syarikat dana pelaburan negara itu.

ARTIKEL YANG SAMA