1MDB: Singapura tambah lagi tekanan

1MDB: Singapura tambah lagi tekanan

SINGAPURA, 21 Julai – Singapura mendedahkan hari ini ia telah merampas hampir AS$180 juta dalam aset menerusi siasatannya dalam penipuan dan pengubahan wang yang berkaitan dengan dana negara Malaysia 1MDB.

Ia menambah separuh daripada aset berkenaan mempunyai kaitan dengan Low Taek Jho, ahli perniagaan Malaysia dan kawan keluarga rapat Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

Kenyataan bersama oleh bank pusat Singapura, polis dan peguam negara adalah kali pertama pihak berkuasa mendedahkan jumlah aset atau mengenal pasti seorang tokoh berpengaruh sejak melancarkan siasatan pada tahun lalu.

Masa kenyataan dikeluarkan nampaknya didorong oleh tindakan Jabatan Keadilan AS semalam untuk merampas lebih daripada AS$1 bilion dalam aset yang didakwa dibeli dengan wang yang dicuri daripada 1MDB – rampasan terbesar di bawah inisiatif anti-kleptokrasi AS.

Aset Singapura berjumlah Sg$240 juta adalah dalam nilai akaun bank dan ‘harta’. Kenyataan berkata Sg$120 juta adalah milik Low atau ahli keluarga terdekatnya.

Fail AS berkata Low menggelap beratus juta dolar dalam dana 1MDB yang dipindah ke Amerika Syarikat untuk membiayai pembelian dana mewah, sementara juga menuduh anak lelaki tiri Najib Riza Aziz dan pegawai lain melakukan tindakan yang sama.

Aset yang disasarkan di Amerika Syarikat termasuk seni halus, harta tanah mewah, jet perniagaan dan royalti daripada filem jenayah kewangan ‘The Wolf of Wall Street’ membintangi Leonardo DiCaprio.

Filem itu diterbitkan oleh sebuah syarikat milik Riza dengan menggunakan lebih daripada AS$100 juta yang disalurkan daripada 1MDB, menurut Jabatan Keadilan AS. Najib dan 1MDB menafikan melakukan kesalahan itu.

Singapura berkata ia tidak akan membenarkan sistem kewangannya disalahgunakan oleh orang korup, dan pada Mei ia menyingkir Bank BSI di Switzerland disebabkan ‘salah laku’ yang dikaitkan dengan 1MDB.

Pengatur kewangan Swiss membubarkan bank tersebut atas sebab-sebab yang sama.

Pihak berkuasa Singapura juga berkata siasatan mendapati Bank DBS yang berpangkalan di Singapura, Bank Standard Chartered cawangan Singapura dan UBS yang berpangkalan di Swiss telah mempamerkan ‘penangguhan dalam mengesan dan melaporkan urus niaga yang diragui’. – AFP