2.6 bilion orang berisiko dijangkiti Zika

2.6 bilion orang berisiko dijangkiti Zika

PARIS, 2 Sept – Kira-kira 2.6 bilion orang iaitu satu pertiga daripada jumlah penduduk dunia kini menetap di kawasan seperti Afrika, Asia dan Pasifik di mana wabak Zika boleh mencari sarang baharu, kata penyelidik hari ini yang mana di India saja, kira-kira 1.2 bilion orang mungkin berisiko dijangkiti wabak berkenaan.

Jumlah penduduk berkenaan itu berada dalam kawasan yang belum dijangkiti tetapi dengan cuaca sesuai dan jumlah nyamuk yang banyak bagi virus berkenaan untuk bersarang, merebak dan membiak menjadi wabak seperti di benua Amerika dan Caribbean.

“Menurut senario konservatif kami, penduduk yang tinggal dalam kawasan geografi virus Zika adalah paling tinggi di India (1.2 bilion orang), China (242 juta), Indonesia (197 juta) Nigeria (179 juta), Pakistan (168 juta), dan Bangladesh (163 juta), ” kata satu kajian.

Pasukan penyelidikan telah menggunakan data perjalanan udara, peta penyebaran nyamuk dan keadaan iklim, serta maklumat mengenai kepadatan penduduk dan perbelanjaan kesihatan bagi merangka model risiko epidemiologi. – AFP

Gambar fail bertarikh 7 Mei 2016 menunjukkan nyamuk di Bandaraya Mexico. – AFP
Gambar fail bertarikh 7 Mei 2016 menunjukkan nyamuk di Bandaraya Mexico. – AFP