2 askar Kanada ditikam

2 askar Kanada ditikam

MONTREAL, 15 Mac (AFP) – Seorang lelaki mengayun-ayunkan sebilah pisau telah menikam dua askar Kanada di stesen pengrekrutan Toronto sebelum dia ditumpaskan dan ditangkap, kata polis lewat semalam.

Suspek lelaki berusia 27 tahun telah membuat beberapa komen sebelum polis tiba ‘yang mengakibatkan beberapa kebimbangan,’ mengatakan serangan itu mungkin berkaitan dengan pengganasan, kata Ketua Polis Toronto, Mark Saunders memberitahu para wartawan.

Namun dia menekankan: “Kami pada masa ini tidak menerima pemahaman jelas mengenai apa motifnya.”

Suspek memasuki bangunan pejabat kerajaan pada petang kelmarin dan tanpa provokasi telah menikam seorang askar di meja sambut tetamu, kemudian turut mencederakan lagi askar kedua.

“Pada masa ini, menerusi latihan Pasukan Kanada, mereka dapat menumpaskan” suspek, kata Saunders.

Para mangsa tidak mengalami cedera serius, katanya.