2 banduan AS terlepas

2 banduan AS terlepas

NEW YORK, 21 Jun (Agensi) – Seperti kisah dalam filem Hollywood, dua pembunuh yang melarikan diri dari penjara kawalan maksimum dengan hanya menggunakan gergaji besi dua minggu lalu, dikatakan dilihat di negeri ini dan polis memperhebat gerakan memburu mereka.

Polis berkata, gerakan memburu dua penjenayah sangat berbahaya, Richard Matt, 49, dan David Sweat, 35, sudah semakin hampir membuahkan hasil dan menasihatkan orang ramai untuk lebih berwaspada.

Mengikut polis, kelibat penjenayah berkenaan dilihat di Allegany County, kira-kira 950 kilometer selatan Penjara Clinton County, tempat kedua-dua penjenayah melarikan diri.

Sementara itu, polis menahan Joyce Mitchell, yang bekerja di kedai jahit kompleks penjara itu kerana didakwa bersubahat dengan kedua-dua penjenayah berkenaan.

Mitchell dikatakan membekalkan dua banduan berkenaan gergaji besi dan pahat untuk menyelinap dari sel sebelum merangkak ikut saluran paip dan keluar daripada kawasan penjara menerusi saluran pembetung najis, seperti dalam filem The Shawshank Redemption.

Polis New York meneruskan pencarian dua banduan yang melarikan diri. – Reuters
Polis New York meneruskan pencarian dua banduan yang melarikan diri. – Reuters

Matt sedang menjalani penjara sepanjang hayat kerana menculik dan membunuh bekas ketuanya pada 1997. Dia lari ke Mexico selepas pembunuhan itu dan membunuh seorang lagi warga Amerika di sana.

Sweat juga menjalani penjara sepanjang hayat tanpa parol kerana membunuh timbalan sherif New York pada 2002 ketika berusia 22 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA