2 belia ditahan reman

2 belia ditahan reman

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Mahkamah Majistret, semalam, memerintahkan dua orang lelaki ditahan reman berhubung kejadian mencuri dengan menahan seorang remaja perempuan.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memerintahkan Muhammad Azri bin Azman, 19, dan Mohammad Firdaus bin Abu Bakar, 20, ditahan reman di Balai Polis Pusat selama seminggu untuk membantu siasatan.

Muhammad Azri didakwa mencuri $130 dengan menahan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun pada 5 Oktober manakala rakannya, Mohammad Firdaus berdepan pertuduhan membantunya untuk melakukan kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Norjauinah binti Haji Kula memberitahu mahkamah bahawa Muhammad Azri ditangkap pada 9 Oktober sekitar jam 10 pagi manakala Mohammad Firdaus ditahan kira-kira jam 1 petang pada hari yang sama.

Majistret Kanan menetapkan 17 Oktober untuk sebutan semula kes.

pg06_151012_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA