2 bot dibom, premis alat ganti terbakar

2 bot dibom, premis alat ganti terbakar

PATTANI, 19 Jun (Bernama) – Dua buah bot nelayan rosak teruk akibat dibom oleh pihak tidak dikenali ketika berlabuh di dua pelabuhan di Mukim Bandar, daerah Muang, Pattani lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muang Kol. Kirati Waeyusof berkata, kedua-dua kejadian letupan itu berlaku kira-kira 10 malam di Pelabuhan Siripon dan Pelabuhan Sabarang di wilayah bergolak itu.

“Kedua-dua kejadian letupan bom bot nelayan itu berlaku selang lima minit antara satu sama lain, tetapi tidak mengakibatkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pihak polis sedang melakukan siasatan terperinci untuk mengetahui sama ada motif kedua-dua kejadian letupan bom itu berkait rapat dengan pergolakan di selatan negara itu, menurut beliau.

Dalam kejadian berasingan, dua buah premis perniagaan menjual alat ganti motosikal dan perabot di bandar Pattani musnah dalam kebakaran yang berlaku pada 12:30 tengah malam tadi.

Dua buah premis, sebuah menjalankan perniagaan alat ganti motosikal dan sebuah lagi menjual perabot musnah dalam kebakaran di bandar Pattani kira-kira 12:30 tengah malam Sabtu (waktu tempatan). Polis masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian sedang ditaksirkan. – Bernama
Dua buah premis, sebuah menjalankan perniagaan alat ganti motosikal dan sebuah lagi menjual perabot musnah dalam kebakaran di bandar Pattani kira-kira 12:30 tengah malam Sabtu (waktu tempatan). Polis masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian sedang ditaksirkan. – Bernama

Kebakaran terbabit menurutnya, menyebabkan api marak dengan kuat dan asap tebal sehingga menyukarkan anggota bomba bersama 10 buah jentera untuk memadamkan kebakaran itu.

Anggota bomba dapat memadamkan kebakaran tiga jam kemudian, katanya dan menambah, seorang warga emas berusia 62 tahun diselamatkan dari premis menjual alat ganti motosikal itu tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Katanya polis juga sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kejadian serta jumlah kerugian.

ARTIKEL YANG SAMA