2 bot nelayan asing ditangkap

2 bot nelayan asing ditangkap

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Agensi Penguatkuasaan maritim menangkap dua buah bot nelayan asing bersama-sama dengan 38 anak kapal pagi ini yang sedang menangkap ikan secara haram di kawasan Zon Eksklusif Ekonomi (ZEE) Brunei Darussalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan malam ini, bot-bot tersebut cuba melarikan diri dengan memotong peralatan menangkap ikan mereka dan meninggalkannya di perairan.

Bagaimanapun, agensi-agensi penguatkuasaan maritim berjaya menaiki kedua-dua kapal untuk siasatan. Pasukan penguat kuasa kemudian menggeledah bot-bot berkenaan dan mendapati terdapat lima orang kru dalam salah satu daripada bot tersebut dan 33 orang kru lagi dalam bot lain, bersama peralatan menangkap ikan.

Salah sebuah bot nelayan asing yang ditahan malam tadi. – Gambar ihsan Kementerian Pertahanan
Salah sebuah bot nelayan asing yang ditahan malam tadi. – Gambar ihsan Kementerian Pertahanan

Menurut kenyataan itu lagi, hasil siasatan mendapati bahawa lokasi bot-bot nelayan itu berada di dalam kawasan Zon Eksklusif Ekonomi Brunei Darussalam.

Kedua-dua buah bot nelayan asing itu kemudiannya dibawa ke jeti Polis Marin dan diserahkan kepada Jabatan Perikanan pada kira-kira 7 malam ini.

ARTIKEL YANG SAMA