2 bot nelayan Indonesia ceroboh perairan M’sia

2 bot nelayan Indonesia ceroboh perairan M’sia

GEORGE TOWN, 23 Mei (Bernama) – Dua bot nelayan Indonesia yang sedang menangkap ikan di perairan negara sejak beberapa hari lepas, ditahan di 42 batu nautika barat daya Pulau Kendi, dekat sini semalam.

Pengarah Daerah Maritim 2 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Kamaruszaman Abu Hassan berkata bot bersama dua tekong dan tujuh awak-awak rakyat Indonesia itu dikesan pada pukul 4.50 petang.

ARTIKEL YANG SAMA