2 buah keluarga terima hidayah

2 buah keluarga terima hidayah

Oleh Yusrin Junaidi dan Hajah Saemah Zulkefli

BANDAR SERI BEGAWAN/KUALA BELAIT, 12 Feb – Kesempurnaan Islam menarik minat seorang wanita warga Filipina untuk menjadikan Agama Islam sebagai pegangan hidup bersama anak perempuannya dalam lafaz syahadah dan pengakuan Islam mereka di Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama hari ini.

Lafaz pengislaman Frelyn Barinan Heverola, 36, yang memilih nama Nurul Di Hana Barinan binti Abdullah dan anaknya, berusia 1 tahun 7 bulan, kini dikenali, Siti Maisarah Hana binti Hafiz Salim diadakan di hadapan pegawai-pegawai Unit Pengislaman dan Bimbingan Saudara Baru, Pusat Dakwah Islamiah.

Majlis kemudiannya diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada kedua-duanya.

Manakala dalam majlis pengislaman berasingan di Kuala Belait, sebuah keluarga Iban terdiri daripada lima orang melafazkan Dua Kalimah Syahadah dalam majlis pengislaman di Dewan Serba guna, Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait.

Wanita Filipina dan anak perempuannya memilih Agama Islam sebagai pegangan hidup.
Wanita Filipina dan anak perempuannya memilih Agama Islam sebagai pegangan hidup.
Lima saudara baru yang melafazkan kalimah syahadah pada Majlis Pengislaman yang berlangsung di Dewan Serba guna, Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait.
Lima saudara baru yang melafazkan kalimah syahadah pada Majlis Pengislaman yang berlangsung di Dewan Serba guna, Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait.

Keluarga itu diketuai Awang Ringgit anak Gaming, 69, telah memilih nama Islam Awang Abdul Rashid bin Abdullah Gaming dan isterinya, Dayang Bungan anak Manggi, 66, kini dikenali sebagai Dayang Annur Hawani binti Abdullah.

Sementara tiga lagi ahli keluarganya, Dayang Rafiah anak Ringgit, 47, memilih nama Dayang Siti Rafiah binti Abdul Rashid, Athia Aviala, 4, dikenali sebagai Dayang Nur Fathiah Fasiha binti Abdullah dan Natasha Manyie anak Kuling, 17, kini dikenali sebagai Dayang Nur Syakira Syazilah binti Abdullah Kuling.

Hadir pada majlis itu ialah Pemangku Penghulu Mukim Melilas Ulu Belait, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Dewa Haji Mohd Ali bin Abdullah Itam.

Dikir Marhaban dan taburan bunga rampai kepada saudara-saudara baru juga menyerikan majlis itu, yang didahului oleh tetamu kehormat.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Bahagian Dakwah Daerah Belait, Haji Roslan bin Haji Ratu.

ARTIKEL YANG SAMA